Kehidupan peribadi Elliot Page

Pada tahun 2008, Page merupakan salah seorang daripada 30 selebriti yang terlibat dalam satu siri iklan atas talian untuk " Kempen Amerika Syarikat untuk Burma" yang menggesa penamatan pemerintahan diktator di Burma.[15]Beliau menggelar dirinya sebagai feminis pro-pilihan. beliau menghadiri sekolah Buddha pada zaman remajanya dan mengamalkan yoga dan meditasi. Selain itu, dia juga mengamalkan gaya kehidupan vegan (diet tanpa produk haiwan) dan PETA telah menamakan dia dan Jared Leto sebagai "vegetarian" yang terseksi pada tahun 2014. Beliau adalah seorang ateis.

Pada 14 Februari 2014, Page melala diri sebagai seorang lesbian dalam satu ucapan persidangan Kempen Hak Kemanusiaan "Masa untuk Perkembangan" di Las Vegas. Pada tahun 2014, Page dimasukkan dalam senarai tahunan "40 bawah 40" dalam majalah "The Advocate".

Pada September 2015, beliau mengesahkan dia mempunyai hubungan dengan artis dan peluncur ombak Samantha Thomas, yang telah menemaninya ke tayangan perdana dunia filem "Freeheld" di Festival Filem Antarabangsa Toronto. Pada bulan Oktober, dia telah membincangkan perihal hubungannya di rancangan "The Ellen DeGeneres Show".

Page menetap di Halifax, Nova Scotia dan mempunyai dua ekor anjing bernama Julie dan Sprout.[16][17]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Elliot Page http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a1183934x http://www.biography.com/people/ellen-page-267545 http://www.hitfix.com/articles/ellen-page-jesse-ei... http://www.huffingtonpost.com/2013/01/26/x-men-day... http://www.imdb.com/name/nm0680983/ http://movies.nytimes.com/2007/12/05/movies/05juno... http://www.nytimes.com/2008/05/04/fashion/04myanma... http://www.screendaily.com/news/rainn-wilson-ellen... http://www.starpulse.com/news/index.php/2008/12/24... http://rogerebert.suntimes.com/apps/pbcs.dll/artic...